Monday 12 December 2011

RESEPI PUDING ROTI




RESEPI PUDING ROTI
Bahan-bahan:

500ml susu segar
1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang pada pilihan anda)
2 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis

1 sudu teh ekstrak vanila
1 buku roti, dikoyak2 kecil
1/2 cawan kismis (pilihan)


Cara penyediaan:

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.

Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.

Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yang telah digris dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu ke menutupi roti.

Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.


Jika anda gemar puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti.



Sos Puding Roti:

1 cawan susu
2 sudu makan mentega
2 sudu cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1/2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan air
Secubit garam

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

Enak dimakan panas atau disejukkan ke dalam peti ais.
Selamat mencuba.

Monday 3 October 2011

CONTOH BUSINESS PLAN TEKNO DCSN SEM 5

ASSALAMMUALAIKUM

Ini contoh Business Plan Tekno DCSN sem 5 group syafiq abu bakar, mohd sallehuddin, ahmad shubairi,Mohd Yunos, Mohd Azam, Mohd Ridzuan, Aminurrasyid, Aminuddin dan Nanrahimi. Tinggal masukkan SWOT analysis dan Financial plan.

Klik sini

So far ini yang terbaik...blh ikut tapi tak boleh tiru.

Sunday 11 September 2011

Borang laporan jualan untuk DIT SEM 5 dan DCSN SEM 5

Assalammualaikum,sila copy dan paste borang ini ke microsoft. Isi borang ini dan kembalikan kepada sata pada 16 September 2011 (Jumaat). Borang ini hendaklah diisi oleh ketua kumpulan.


LAPORAN JUALAN PROGRAM KEUSAHAWANAN PELAJAR-PELAJAR DIT/DCSN SEMESTER 5
KPTM BATU PAHAT


NAMA PENSYARAH : PUAN NOR AZLINA RAIS
KETUA : ________________________
AHLI : _________________________
AHLI : _________________________
AHLI : _________________________
AHLI : _________________________
AHLI : _________________________
AHLI : _________________________
Program/kelas : ___________________
Tarikh gerai : _____________________
Bilangan hari :
Komen/cadangan : ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
Tandatangan ketua :___________________
Tarikh : _______________________

Monday 5 September 2011

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin

ku ingin mnegucapkan selamat hari raya kepada semua teman-teman yg mengenali didiriku, pelajar-pelajar yg dikasihi.....aku dan family memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki dan ku berharap teman-teman dan saudara maraku dpt memaafkan aku...jika boleh aku tk mahu menyakiti hati kalian....tp apa kan daya aku insan yg lemah kdgkala tidak dapat mengawal perasaan. aku berharap sepjg perkenalan kita, aku tidak terlalu byk membuat kesilapan dan aku berhrp kalian semua senang berkawan dgn ku.

Ku mohon keampunan drp Allah yg maha besar. Hanya padaMU tempatku memohon dan tiada yg lain kecuali MU.

Ku mohon agar jauhkan aku dan keluargaku dari maksiat dan dosa-dosa besar dan kecil. Ku mohon aku dan keluarga menjadi insan yg bertaqwa, menurut perintahmu dan menjauhi perkara2 yg dilarang.

Ku mohon agar aku dan family dijauhkan dr azab api neraka, dijauhkan dr siksa kubur dan tempatkan aku dan keluargaku di syurgaMU.

Ya Allah, berilah ku jalan dan petunjuk bagaimana untuk memasuki syurgaMU.

Amin

contoh surat permohonan tempat berniaga di tabung haji

kepada pelajar yg ingin menggunakan ruang legar di tabung haji boleh menggunakan contoh surat permohonan ini klik sini

Wednesday 3 August 2011

DEFINITION OF TARGET MARKET (TECHNOPRENEUR-DCSN SEM 5)

Target Market
Definition: A specific group of consumers at which a company aims its products and services
Your target customers are those who are most likely to buy from you.
Here are some questions to get you started:
• Are your target customers male or female?
• How old are they?
• Where do they live? Is geography a limiting factor for any reason?
• What do they do for a living?
• How much money do they make? This is most significant if you're selling relatively expensive or luxury items
• What other aspects of their lives matter? If you're launching a roof-tiling service, your target customers probably own their homes.

PUASA TANPA SOLAT

Puasa tanpa solat

DALAM kehidupan ini, setiap apa yang kita laksanakan perlu dilakukan secara sempurna. Allah SWT dan rasul-Nya tidak suka kepada individu yang melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa kerana ia tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Sesuatu kerja yang tidak lengkap dan sempurna pastinya mempunyai nilai yang rendah di mata masyarakat.

Sebagai manusia yang telah dikurniakan Allah dengan Islam, kita mestilah melaksanakan Islam dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian tentunya akan dianggap sebagai tidak menghargai pemberian nikmat beragama sebagai nikmat terbesar dan ternilai dalam kehidupan kita.

Islam seumpama sebuah rumah yang lengkap dan sempurna. Kita diperintahkan untuk membina rumah yang lengkap tersebut mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang telah ditetapkan oleh Allah.

Islam yang tidak lengkap adalah seumpama sebuah rumah tanpa dinding atau bumbung. Walaupun ia adalah rumah, namun tidak dapat dimanfaatkan dek kerana belum sempurna. Bahkan, dengan ketidaksempurnaan itu, ia langsung tidak dapat diiktiraf sebagai rumah!

Dalam kerangka inilah, Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan Islam secara keseluruhannya. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata (al-Baqarah: 208).

Setiap kali datangnya bulan Ramadan, seringkali kita dipaparkan khabaran tentang tangkapan segelintir umat Islam yang tidak berpuasa.

Maka kita yang menyaksikannya menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat, geram dan jijik dengan angkara tersebut.

Mungkin juga kita pelik dan hairan dengan sikap mereka yang mengaku beragama Islam, namun tidak mahu berpuasa.

Keingkaran melakukan fardu puasa ini seolah-olah berita sensasi yang menjadi rutin biasa bulan Ramadan.

Namun, kadang-kadang kita terfikir kenapa kita hanya mengkhususkan tindakan tersebut kepada puasa sahaja? Kenapa tidak kepada ibadah-ibadah yang lain seperti solat?

Dewasa ini terdapat segelintir orang Islam yang sanggup meninggalkan solat secara terbuka. Lihat sahaja mereka yang terus-menerus leka dengan berniaga walaupun jemaah di masjid sedang melakukan solat Jumaat.

Bahkan, yang menambahkan kehairanan kita ialah terdapatnya yang berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tetap enggan melakukan solat atau sewenang-wenangnya meninggalkan solat ketika sibuk dengan urusan dunianya. Bukankah ini merupakan sebuah kepincangan dalam beragama?

Antara faktor suasana ini berlaku ialah disebabkan krisis kefahaman tentang kesyumulan Islam. Kedangkalan ilmu dalam diri ditambah pula dengan sikap ego serta sombong akhirnya menjadikan golongan ini tetap dalam keadaan serba-salah dalam kehidupan beragama.

Faktor yang lain ialah adanya tanggapan bahawa ibadah hanyalah tidak ubah seperti adat. Oleh kerana majoriti orang ramai di sekelilingnya berpuasa, maka dia juga berpuasa. Jika ramai yang berkunjung ke masjid atau surau untuk mendirikan solat hari raya, maka dia pun menyertai mereka, walaupun kakinya hanya menjejakkan kaki ke masjid atau surau tersebut di kala hari raya sahaja.

Tuesday 2 August 2011

Maklumat terkini untuk pelajar-pelajar keusahawanan DIT sem 5

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia.

Perdagangan antarabangsa

Maklumat untuk pelajar mengenai perdagangan antarabangsa (bab 11) modul keusahawanan

klik sini

Wednesday 27 July 2011

Pemergian ayah ke rahmatullah

Saya ingin mengucapkan takziah kpd pelajar bernama faiz di atas pemergian ayah tercinta ke rahmahtullah. Allah lebih menyayanginya. Begitu lah hidup di dunia ini hanya sementara, kepada Allah jua kita kembali. Kita tidak tau waktu bila kita akan kembali. Tiada apa2 amaran atau tips kematian. Bila-bila masa sahaja.

Aku teringat pada rakan anakku yg berusia 12 thn turut kehilangan bapa krn kemalangan jalanraya di parit raja sewaktu pulang ke rumah untuk menghantar anak ke Sabah. Anaknya menangis meraung2 dan ibunya pengsan.

Tabahkan hati menerima dugaan.

Aku hanya tau berkata...masih belum ku alami.

Monday 25 July 2011

Kisah untuk renungan bersama

Untuk renungan bersama

Cerita dari seorang ustazah...

"Wahai anak-anak ku.. Siapa di sini yang berani angkat tangan menyatakan jeans itu sebahagian dari pakaian perempuan Islam? Siapa yang ada di dewan besar ini tergamak menunaikan solat dengan jeans ketat yang di pakai berpasangan dengan T-shirt yang saya tahu saiz bra mereka.."

Bertambah kuat mereka tertawa. Saya provok mereka lagi sebelum memulakan sesi pengajaran.

"Ya..Alhamdulillah, saya tahu kamu semua bertudung walaupun memakai jeans dan T-shirt itu. Tetapi boleh di bawa sembahyangkah pakaian seperti itu? Benchmark atau tanda aras pakaian perempuan islam adalah ia boleh di bawa sembahyang... tanpa perlu memakai telekung."

Dalil yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah dari HR Abu Daud yang mencatat sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Doaku

Ya, Allah permudahkanlah pekerjaanku dan pengajianku,
Ya Allah, terangkankan hatiku dan hati anak-anak muridku seperti terangnya cahaya matahari,
Berikanku kesihatan mental dan fizikal yang baik semoga aku dapat beribadat kepadamu
Berikanlah aku anak-anak dan pelajar-pelajar yang soleh dan solehah, berjaya dengan cemerlang, rajin berusaha dan gentar kepadaMU.

ANNOUNCEMENT ABOUT ASSIGNMENT

To all my students, your assignment must be detail, neat and tidy....my name must be spell correctly.

Madam Nor Azlina binti Rais
Lecturer of Technopreneurship or Intro. to Business Organization

or Pensyarah Keusahawanan

Thank you.

Monday 18 July 2011

Technoprenuer assignment- important !!

To DCSN 5/3 and 5/5,

1. Assignment 1 click here

2. Assignment 2 klik here

Sila upload dan baca arahan...

Madam Lina

DATELINE HANTAR ASSIGNMENT 12 OGOS 2011

Assalammualaikum,

Kepada semua pelajar-pelajar subjek Keusahawanan, tekno dan IBO,

Semua tugasan mesti dihantar pada atau sebelum 12 ogos 2011.

Best regards
Puan Lina

DCSN SEM 5_PROPOSAL GUIDELINE

KLIK HERE
DATE OF SUBMISSION ON OR BEFORE 22 JULY 2011 (FRIDAY)

Sunday 17 July 2011

To all DIT sem 1_IBO

To comment...have to use gmail account...do you have gmail account ? if not you need to register...TQ

Wednesday 13 July 2011

TO ALL DIT SEM 1 STUDENTS_IBO RUGI KALAU TAK BUAT

EXERCISE QUESTION

If you have enough money, what type of business that you want to operate? Give your opinion why you choose that business.

MESTI BUAT...RUGI KALAU TK BUAT !!!!

Guideline
1. State your types of business example, Chocolate shop Enterprise or Sdn. Bhd.
2. Why you choose that business, give 3 reasons
3. Your future plan to expand you business (give 3 planning)

TQ

CONTOH FINANCIAL PROJECTION_2 TAHUN_KEUSAHAWANAN

KLIK SINI

Ini contoh untuk 2 tahun unjuran kewangan (financial projection) 2011 dan 2012

tq

CONTOH JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN_KEUSAHAWANAN

KLIK SINI

TQ FOR YOUR COOPERATION

pesanan untuk pelajar semua

Assalammualaikum,

Diharapkan semua pelajar memberi komen...supaya saya dpt mengenali anda. Sila hantar RP 2 minggu dr sekarang.


TQ

Tuesday 12 July 2011

Thursday 7 July 2011

Tuesday 5 July 2011

IBO TO DIT SEM 1 STUDENTS

assalammualaikum...

click here

AKU INGIN JADI YANG TERBAIK

Ya Allah,

Aku ingin jadi yang terbaik di dalam pekerjaanku dan pengajianku. Permudahkanlah pekerjaanku dan pengajianku. Ampunkanlah aku.

Ya Allah, Aku ingin menunaikan umrah sebelum usia 45.

Aku ingin belajar di luar negara bersama-sama keluargaku.

PESANAN UNTUK PARA PELAJAR

assalammualaikum,

Happy to meet u my dear student. This is my advise to all of u

- Respect me as your lecturer
- Show your assignment draft before u submit your assignment
- Please come to see me to discuss on your assignment
- Be hardworking
- Friendly
- Good commitment
- Be focus in class
- have good respond in class

Saya mendoakan agar anda semua menjadi pelajar saya yg terbaik

Thank you

best regard

Puan Lina

SILIBUS KEUSAHAWANAN (DIT SEM 5)

assalammualaikum,

click here for silibus...

KEUSAHAWANAN (DIT SEM 5)

To all DIT sem 5,

KLIK SINI

- Nota
- Contoh Rancangan Perniagaan (RP)
- Latihan, siap dgn jawapan
- Soalan Rancangan Perniagaan

Semua pelajar dikehendaki menyiapkan RP sebelum cuti hariraya
Lepas raya buat pembentangan dan gerai jualan

Ran perniagaan RP - 20%
Pembentangan RP - 10%
Gerai jualan - 10% (di kptmbp)
kuiz (2) - 10%
mid exam - 10%
final exam - 40%
jumlah - 100%

Saya berharap agar pelajar dpt memberi komitmen yg sgt baik, krn subjek ini di dalam bahasa melayu, senang untuk score A. insyaallah

PANDUAN MEMBUAT RANCANGAN PERNIAGAAN (KEUSAHAWANAN)

To all my students, DIT sem 5,

Ini adalah panduan membuat Rancangan Perniagaan atau lebih dikenali sebagai RP, ini lebih mudah, klik sini

Sunday 19 June 2011

MY MASTER

syukur alhamdulilah...

result master aku dh dpt ....terima kasih Allah,Dr. Bi (tq for yr knowlegde, guidance and tolerancy) Dr. Syed Jamal yang awet muda, baik hati, yg paling best, sporting dan Prof Kamil yg byk memberiku kesedaran (aku agak terlewat jupe prof kamil, klu tk aku dh lama tersedar....hu hu hu, knp lah aku lambat jupe dia...aku ni mmg selalu tertinggal, last minit b4 dia berangkat ke madinah (jd profesor di universiti madinah) aku telah ditakdirkan dpt berjumpa dgn dia, dan menghayati nasihat dan kata2nya, klu boleh aku nk dgr nasihatnya setiap hari sebagai pedoman hidupku, tp tak pe you tube prof ni kan ada.

ini gambar masa kat dalam kelas MBA UiTM JB, suraya (yg cute), armuni (pengantin baru, kecik orgnya,very helpful n memahami diriku, tqvm for being such a good fren sbb aku ni kdg2 ehemmm, dia my office mate dok sebelah), aku n effa (yg paling cantik sweet cam fasha sanda)congrat krn semua berjaya dapat dean's list...profesor kita mmg baik hati dan kita telah pun buat yang terbaik...sampai tk tido malam wat assignment smpi jam 4 pagi...inilah yg dinamakan pengorbanan.

ICT FAIR

tahun lepas 2010, ICT fair telah diadakan di BP Mall, memang mencabar dan letih. Letih dgn karenah sesetengah org yg ada saje komplen...tp tak tau wat keje ke malas. So thn ini..di summit parade, ict fair telah berjaya krn students yg begitu rajin dan komited...hai bertuahlah lecturer tu dpt student cam tu...tahniah.

Semester ini i hope dpt students yg rajin n komited. yang mmg rajin semulajadi bukan tunggu diketuk.

If you all nk buat ICT fair di Bp mall or Square ONE, pls get ready dgn proposal, contact person dan incharge dari mula hingga abis. Tapi if malas...dont dream nk dpt A.

Because subjek tekno ni no final exam. marks based on assignment and project.

CONTOH FORMAT TUGASAN

CLICK HERE

CONTOH FORMAT TUGASAN

This is the example for yr reference...click here

format tugasan

To all my students,

These are assignment format that u must follow:
1. Must be 1.5 or double spacing
2. Arial or times new roman or tahoma
3. Must have aknowlegdement (penghargaan)
4. Must have executive summary (ringkasan keseluruhan tugasan itu, sila baca di post saya ttg ini)
5. Table of content
6. Page number
7. must have header ..header letak subtitle, atau at least tajuk
8. footer letak footnote atau nota kaki (pls come and see me to learn about this)
9. BIBLIOGRAPHY (author, title of the books, publisher, year)

Korang mesti ikut format ini, lebih tak pe kurang jgn
TQ

Thursday 9 June 2011

PROGRAM DENGAN KAUNSELOR

Aku nk share story psl program bersama kaunselor sekolah dari Kluang Johor. Ini gambr2nyaa

TP gambar aku tak de...sbb aku yg tukang amik gmbr


TAJUK : MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA KPTM DAN KAUNSELOR SEKOLAH.

BATU PAHAT, 30 Mac 2011- Pihak KPTM Batu Pahat menyambut gembira kehadiran pihak PPD Kluang dan kaunselor-kaunselor sekolah dari sekolah-sekolah menengah daerah Kluang.






Bagi merapatkan hubungan dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah menengah, KPTM telah mengadakan program bersama kanselor dengan kerjasama Pelajat Pelajaran Daerah Kluang. KPTM telah menjemput kaunselor-kaunselor dari sekolah sekolah di daerah Kluang seperti SMK Sri Intan, SMK Tengku Aris Bendahara, SMK Sultan Abdul Jalil, Sekolah Teknik Kluang, SMK Tun Hussein Onn, SMK Pagoh dan lain-lain.

Banyak maklumat telah dikongsi bersama terutama sekali mengenai keistimewaan KPTM sebagai institusi pendidikan di bawah MARA yang yang membuka peluang mpembelajaran kepada semua warganegara termasuk pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera.

Pihak PPD dan unit bimbingan dan kaunseling merasa berbesar hati untuk mengadakan pelbagai program bersama KPTM seperyi Program Kecemerlangan SPM dan Karnival ICT pada masa hadapan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah KPTM Batu Pahat iaitu Tuan Haji Razali Mohd yang akan bersara tidak lama lagi. Program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan seterusnya KPTM Batu Pahat akan menjemput kaunselor-kaunselor sekolah dari daerah lain seperti Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian.


Disediakan oleh :

Nor Azlina Rais
Penyelaras Pemasaran/Pensyarah Pengurusan Perniagaan
KPTM Batu Pahat

Wednesday 8 June 2011

Bestnya gi kuching

Nak tau apa yang best.....

1. dapat makan seafood kat top spot, murah sgt222 dan so different...udang besar2, yg paling best sup gamat dgn bibir ikan...
2. Dapat naik flight dan mkn di atas awan...mkn lagi!!
3. Naik sampan...kejap apa...tk sempat nk kelip mata





Anak-anakku

Anak-anakku



AKU DAN KPTM

KPTM adalah tempat kerjaku
13 tahun lamanya aku disini...mencari rezeki
dari aku sendiri hingga berfamili
dari tinggal di rumah sewa kini aku sudah punya rumah sendiri
dari kereta kecil ke kereta 2 biji

KPTM yang kuhargai,
di sini ku mencari rezeki
mengenali diri sendiri...mengenali teman-teman..mengenali peribadi
dari hanya seorg akademik...hingga aku pernah menjawat beberapa jawatan
yang banyak memberiku pengalaman dan pengajaran

Dalam menghitung hari akhirnya aku sedari
ku serasi dgn kerjaku kini
menjadi pendidik, lebih selesa, gembira...cabaran yang mampu kutempuhi
berada disisi teman-teman...ketawa dan menangis

Terima kasih KPTM
memberi peluang ku menyambung pelajaran
memberi aku bercuti panjang...

Syukur alhamdulilah

PROGRAM TEKNOUSAHAWAN-TAHNIAH !!


BATU PAHAT, 23 April 2011- Bagi merealisasikan hasrat MARA untuk melahirkan usahawan ICT yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif, pelajar-pelajar Diploma in Computer System and Networking semester 5 yang mengambil matapelajarn Technoprenuership telah berganding tenaga bersama pensyarah matapelajaran berkenaan melancarkan Program Teknousahawan di Summit Paradet, salah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal dan terbesar di Batu Pahat.

Program ini telah diadakan selama 2 hari dan dirasmikan oleh Encik Abdul Rahman bin Mat Rawi, Timbalan Pengarah Perkhidmatan KPTM Batu Pahat.  Program ini adalah kali ke 2 diadakan oleh pensyarah dan pelajar-pelajar DCSN.

Program ini disertai oleh 50 orang pelajar Technousahawan yang telah membuka 10 buah booth jualan di mana ianya mendapat sokongan dari syarikat-syarikat ICT di sekitar batu Pahat.   Pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat turut hadir memberi sokongan.  Unit Pemasaran KPTM Batu Pahat tidak melepaskan peluang keemasan ini turut serta membuka booth promosi dan pengambilan terbuka pelajar-pelajar baru.

Program ini berfokuskan kepada penjualan barang-barang ICT seperti komputer, aksesori komputer,  perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan pembaikian komputer, perkhidmatan mengambil gambar dan video, telefon bimbit,  kamera dan sebagainya yang bertujuan untuk memberi pendedahan perniagaan ICT yang semakin berkembang maju di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. 

Pihak pengurusan Summit Parade dan syarikat-syarikat ICT di Batu Pahat telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Program Teknousahawan ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan ICT yang kreatif dan berdaya saing dari kalangan pelajar Institut pengajian Tinggi (IPT).

Program ini akan diadakan setiap semester dan dijangka akan diadakan di Batu Pahat Mall pada bulan Ogos 2011.

Monday 6 June 2011

Di majlis perkahwinan armuni








Selamat pengantin baru buat armuni dan saiful...semoga sentiasa bahagia, saling sayang menyayangi, sentiasa intim...

Aktiviti anakku di rumah pengantin




Excited betul aiman dan izzati berjumpa dgn adik armuni, sabrina...pandai betul dia org berkawan..

Naik train senandung timuran dari kluang ke pasir mas

Pada 2 Jun. aku, mazliana, anakku aiman dan zeti bertolak menaiki keretapi dari kluang ke pasir mas kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan temanku armuni dan suaminya saiful.  ini first time naik keretapi ke pasir mas...jauh juga, dan first time buat mazliana dan anakku zeti naik keretapi.



MAJLIS PERKAHWINAN TEMAN RAPATKU ARMUNI MOHD NAJIB








Monday 23 May 2011

TO SHAIKH IBO ASSIGNMENT

http://www.4shared.com/account/dir/4P4cNKQi/_online.html?rnd=58

Petua kasih sayang

Kasih sayang dan perhatian amat perlu di dalam hidup ini....lebih daripada wang ringgit.