http://www.mara.gov.my/program-putra
Site Putra MARA...boleh dapatkan di sini untuk keterangan lanjut
To all my students....do always follow me...look for your notes, questions, guideline and many more
Monday, 11 August 2014
Wednesday, 6 August 2014
Tanda baca
KEMAHIRAN MENULIS
TANDA BACA
Tanda baca
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
Tanda noktah ( . )
|
Pada akhir ayat penyata
Singkatan bagi gelaran, pangkat,
jawatan dan sebagainya
|
Bapa Ali bekerja di Kuala Lumpur.
Y.B. Dato’ Karim akan melawat sekolah
kami.
Dr. Kamariah terkenal di hospital
itu.
|
Tanda koma ( , )
|
Mengasingkan sesuatu yang sama
jenis dalam ayat.
Selepas kata seru
Sebelum tanda pembuka kata ( “ )
atau penutup kata ( “ )
|
Emak pergi ke pasar membeli buah
oren, epal, tembikai dan betik.
Wah, cantiknya kasut kamu!
Ali berkata, “saya tidak datang
kerana hujan lebat.”
“Kita akan bertolak sebentar
lagi,”kata Cikgu Anita kepada murid-muridnya.
|
Tanda Tanya ( ? )
|
Pada akhir ayat tanya
|
Berapakah harga beg itu?
|
Tanda seru
( ! )
|
Pada akhir ayat seruan
Untuk menunjukkan perasaan
marah,sedih,suka dan sebagainya.
|
Aduh, sakitnya kaki saya!
Awaklah yang menyusahkan kami
semua!
|
Tanda sempang
( - )
|
Memisahkan kata-kata dalam kata
ganda
Merangkaikan imbuhan ke- dengan
angka
|
Murid-murid sedang bermain bola
keranjang.
Pasukan bola sepak sekolah kami
telah mendapat tempat ke – 3 dalam kejohanan itu.
|
Tanda pengikat kata
( “.......” )
|
Pada awal dan akhir ayat cakap
ajuk.
|
“ Saya suka makan laksa ” kata
Siti.
|
Tanda noktah bertindih ( : )
|
Untuk penerangan lanjut tentang
sesuatu
Tulis masa
Dalam dialog
|
Butir-butir tentang konsert adalah seperti
berikut :
Kami dijangka sampai di sana pada
pukul 2:00 petang.
Ali: Sudah lamakah kamu sampai?
Siti : Tidak, saya baru sampai.
|
Garis condong( / )
|
Untuk
menggantikan dan atau dan per
Digunakan dalam nombor rujukan
surat
|
Tuan / puan
dikehendaki mengembalikan borang jawapan secepat mungkin.
Surat tuan yang bernombor rujukan
Sek/01/01 telah saya terima.
|
Tanda kurung ( )
|
Untuk penjelasan tambahan
|
Kakak saya akan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun ini.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)