To all my students....do always follow me...look for your notes, questions, guideline and many more
Monday, 30 March 2015
bagaimana menguruskan arahan kerja yang segera
assalammualaikum,
Mengapa ada arahan hujung tahun yang inginkan sesuatu dengan segera...? mengapa orang yang memberi arahan tu tak beri masa sehari ke atau 2 hari ? Ini yang aku pelik ni....maybe dia sengaja beri segera agar staff membuatnya segera tanpa bertangguh.
Bahaya minuman ringan Coca-cola
Bahaya minuman
ringan Coca-cola
Coca-Cola adalah
minuman yang disukai ramai. Tapi, di sebalik
kesukaan itu, ada bahayanya. Coca-Cola adalah minuman berkarbonat yang sangat
popular yang di buat oleh The Coca Cola Company, dibuat sejak tahun 1886
Masehi. Minuman berkarbonat lain dari The Coca Cola Company adalah Minute Maid,
Sprite, Fanta dan lain sebagainya. Penelitian
menunjukkan bahawa soda dan minuman manis merupakan sumber utama kalori yang
tinggi. Banyak ahli gizi mengatakan bahawa Coca-Cola dan minuman ringan lainnya
dapat berbahaya jika diminum secara berlebihan, terutama untuk anak-anak muda
yang sering meminum minuman ringan. Penelitian telah menunjukkan bahawa minuman
ringan memiliki asupan rendah kalsium, magnesium, asam askorbat, riboflavin,
dan vitamin A. Minuman ini juga telah menimbulkan banyak kritikan bahawa penggunaan
kafein di dalam minuman ini dapat menyebabkan ketagihan. Sebuah rencana menyatakan
bahawa penggunaan dalam jangka panjang yang berterusan menyebabkan osteoporosis pada wanita yang
lebih tua (tapi tidak laki-laki). Hal ini adalah kerana adanya asam fosfat.
Secara umumnya, ada yang mengatakan minuman
ringan Coke disyaki beracun berdasarkan tingkat rasa keasaman yang
melampau. Namun begitu, undang-undang
Amerika tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Coke. Meskipun banyak kes pengadilan telah diajukan
terhadap The Coca-Cola sejak tahun 1920-an, menyatakan bahawa keasaman minuman
ini berbahaya, tidak ada bukti yang kuat untuk membuktikannya. Terdapat juga bukti-bukti ilmiah yang
menunjukkan kemasaman Coca-Cola tidak mengakibatkan kerosakan langsung pada
tubuh manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)