To all my students....do always follow me...look for your notes, questions, guideline and many more
Saturday, 27 October 2012
contoh jawapan ikan keli
1. Tujuan
Saya mencadangkan Encik Ahmad membuat pinjaman MARA sebanyak RM100,000. – 2 markah
2. Rancangan pengurusan
Wang pinjaman MARA perlu digunakan untuk membuat pengubahsuaian restoran yang lebih selesa yang lengkap dengan penghawa dingin, perabot, hiasan dalaman yang menarik, surau, bilik air serta kelengkapan memasak yang secukupnya. Encik Ahmad sendiri yang menjadi ketua tukang masak kerana beliau perlu melantik dua orang tukang masak, 2 orang penyelia kaunter, dan 2 orang pekerja bahagian hadapan. Nama restoran perlu menarik contohnya My Kichen – (4 markah)
3. Rancangan Operasi
Restoran ini dibuka jam 10.00 pagi dan ditutup pada 10.00 malam. Bahan-bahan mentah dan barang-barang kering dibeli di pasar borong bagi mendapatkan harga yang murah. Cara perkhidmatan pelanggan adalah perkhidmatan kaunter. Pelanggan perlu membuat tempahan di kaunter, pekerja akan menberikan makanan dan pelanggan terus membayar. (4 markah)
4. Rancangan Pemasaran
Harga makanan adalah berpatutan sebagai contoh 1 set nasi ayam panggang beserta minuman adalah RM6.90. Lokasi adalah di pusat membeli belah City Square di Johor Bahru yang dapat menarik ramai pelanggan terutama dari Singapura pada hari cuti umum. Cara promosi dijalankan melalui laman sesawang, blog, brosur. Promosi juga boleh dilakukan secara mulut ke mulut iaitu jika makanan makanan enak, para pelanggan akan memberitahu pada rakan-rakan mereka. (4 markah)
5. Rancangan Kewangan
Sasaran pendapatan sebulan adalah RM50,000. Perbelanjaan sebulan termasuk gaji pekerja, bil. Elektrik, air, bahan-bahan mentah, sewa restoran dan sebagainya adalah RM 30,000.00. Oleh yang demikian Encik Ahmad boleh mendapat untung bersih sebanyak RM20,000 sebulan.(4 markah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment