Monday 21 May 2012

GERAI KEUSAHAWANAN DI KPTM BATU PAHAT

GERAI KEUSAHAWANAN DI HARI KEUSAHAWANAN DAN PERASMIAN PUSAT INKUBATOR KPTM BATU PAHAT 25 April 2012 Sebanyak 14 gerai keusahawanan yang diusahakan oleh pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat di tempat letak kereta KPTM Batu Pahat. Gerai keusahawanan ini telah diadakan sempena Hari Keusahawanan dan Perasmian Inkubator KPTM Batu Pahat. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar semester 1, 4 dan 5 program Diploma in IT, Diploma in Business IT dan Diploma in Computer Graphic Design yang mengambil matapelajaran keusahawanan dibawah penyeliaan Puan Nor Azlina Rais selaku Pensyarah Pengurusan Perniagaan. Objektif utama gerai keusahawanan ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan terhadap diri para pelajar, memberi pendedahan dan pengalaman mengendalikan perniagaan kecil, mengeratkan hubungan sesama pelajar dan kakitangan KPTM dan menonjolkan bakat usahawanan para pelajar. Gerai-gerai yang dibuka menjual produk makanan seperti stimbot, soto, naget ayam goreng, bebola sotong goreng, wafer, biskut, kerepek, mihun goring, nasi lemak, kuih-muih, ais krim dan pelbagai minuman seperti bandung laici, mata kucing dan tembikai susu serta produk-produk lain seperti key-chain dan fotografi. Gerai keusahawanan ini dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar KPTM iaitu Dr. Wan Sabri bin Wan Hussin .Kesemua gerai telah dilawati oleh Pengarah KPTM Batu Pahat Encik Rose Effendi bin Hussein, Timbalan Pengarah Akademik Encik Mohd Zulfikar bin Abdul Kadir dan Timbalan Pengarah KPTM Batu Pahat Encik Abdul Rahman bin Mat Rawi serta Ketua Unit Keusahawanan KPTM. Kesemua produk-produk jualan di gerai keusahawanan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan kesemua jualan telah habis dijual. Diharapkan program seumpama ini dapat dijadikan sebagai program tahunan kolej agar semua warga KPTM mendapat manfaat dan faedah.

Tuesday 15 May 2012

pengurusan attendance

sangat memeningkan apabila pengurusan attendance pelajar, surat-menyurat...apabila meja kecik n tak cukup ruang...Ya Allah aku kena belajar ilmu filing system