Monday 30 March 2015

bagaimana menguruskan arahan kerja yang segera



assalammualaikum,

Mengapa ada arahan hujung tahun yang inginkan sesuatu dengan segera...? mengapa orang yang memberi arahan tu tak beri masa sehari ke atau 2 hari ? Ini yang aku pelik ni....maybe dia sengaja beri segera agar staff membuatnya segera tanpa bertangguh.

Bahaya minuman ringan Coca-cola


Bahaya minuman ringan Coca-cola
Coca-Cola adalah minuman yang  disukai ramai. Tapi, di sebalik kesukaan itu, ada bahayanya. Coca-Cola adalah minuman berkarbonat yang sangat popular yang di buat oleh The Coca Cola Company, dibuat sejak tahun 1886 Masehi. Minuman berkarbonat lain dari The Coca Cola Company adalah Minute Maid, Sprite, Fanta dan lain sebagainya.  Penelitian menunjukkan bahawa soda dan minuman manis merupakan sumber utama kalori yang tinggi. Banyak ahli gizi mengatakan bahawa Coca-Cola dan minuman ringan lainnya dapat berbahaya jika diminum secara berlebihan, terutama untuk anak-anak muda yang sering meminum minuman ringan. Penelitian telah menunjukkan bahawa minuman ringan memiliki asupan rendah kalsium, magnesium, asam askorbat, riboflavin, dan vitamin A. Minuman ini juga telah menimbulkan banyak kritikan bahawa penggunaan kafein di dalam minuman ini dapat menyebabkan ketagihan. Sebuah rencana menyatakan bahawa penggunaan dalam jangka panjang yang berterusan  menyebabkan osteoporosis pada wanita yang lebih tua (tapi tidak laki-laki). Hal ini adalah kerana adanya asam fosfat.

Secara umumnya, ada yang mengatakan minuman ringan Coke disyaki beracun berdasarkan tingkat rasa keasaman yang melampau.  Namun begitu, undang-undang Amerika tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Coke.  Meskipun banyak kes pengadilan telah diajukan terhadap The Coca-Cola sejak tahun 1920-an, menyatakan bahawa keasaman minuman ini berbahaya, tidak ada bukti yang kuat untuk membuktikannya.  Terdapat juga bukti-bukti ilmiah yang menunjukkan kemasaman Coca-Cola tidak mengakibatkan kerosakan langsung pada tubuh manusia.