Anak-anakku
To all my students....do always follow me...look for your notes, questions, guideline and many more
Wednesday, 8 June 2011
AKU DAN KPTM
KPTM adalah tempat kerjaku
13 tahun lamanya aku disini...mencari rezeki
dari aku sendiri hingga berfamili
dari tinggal di rumah sewa kini aku sudah punya rumah sendiri
dari kereta kecil ke kereta 2 biji
KPTM yang kuhargai,
di sini ku mencari rezeki
mengenali diri sendiri...mengenali teman-teman..mengenali peribadi
dari hanya seorg akademik...hingga aku pernah menjawat beberapa jawatan
yang banyak memberiku pengalaman dan pengajaran
Dalam menghitung hari akhirnya aku sedari
ku serasi dgn kerjaku kini
menjadi pendidik, lebih selesa, gembira...cabaran yang mampu kutempuhi
berada disisi teman-teman...ketawa dan menangis
Terima kasih KPTM
memberi peluang ku menyambung pelajaran
memberi aku bercuti panjang...
Syukur alhamdulilah
13 tahun lamanya aku disini...mencari rezeki
dari aku sendiri hingga berfamili
dari tinggal di rumah sewa kini aku sudah punya rumah sendiri
dari kereta kecil ke kereta 2 biji
KPTM yang kuhargai,
di sini ku mencari rezeki
mengenali diri sendiri...mengenali teman-teman..mengenali peribadi
dari hanya seorg akademik...hingga aku pernah menjawat beberapa jawatan
yang banyak memberiku pengalaman dan pengajaran
Dalam menghitung hari akhirnya aku sedari
ku serasi dgn kerjaku kini
menjadi pendidik, lebih selesa, gembira...cabaran yang mampu kutempuhi
berada disisi teman-teman...ketawa dan menangis
Terima kasih KPTM
memberi peluang ku menyambung pelajaran
memberi aku bercuti panjang...
Syukur alhamdulilah
PROGRAM TEKNOUSAHAWAN-TAHNIAH !!
BATU PAHAT, 23 April 2011- Bagi merealisasikan hasrat MARA untuk melahirkan usahawan ICT yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif, pelajar-pelajar Diploma in Computer System and Networking semester 5 yang mengambil matapelajarn Technoprenuership telah berganding tenaga bersama pensyarah matapelajaran berkenaan melancarkan Program Teknousahawan di Summit Paradet, salah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal dan terbesar di Batu Pahat.
Program ini telah diadakan selama 2 hari dan dirasmikan oleh Encik Abdul Rahman bin Mat Rawi, Timbalan Pengarah Perkhidmatan KPTM Batu Pahat. Program ini adalah kali ke 2 diadakan oleh pensyarah dan pelajar-pelajar DCSN.
Program ini disertai oleh 50 orang pelajar Technousahawan yang telah membuka 10 buah booth jualan di mana ianya mendapat sokongan dari syarikat-syarikat ICT di sekitar batu Pahat. Pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat turut hadir memberi sokongan. Unit Pemasaran KPTM Batu Pahat tidak melepaskan peluang keemasan ini turut serta membuka booth promosi dan pengambilan terbuka pelajar-pelajar baru.
Program ini berfokuskan kepada penjualan barang-barang ICT seperti komputer, aksesori komputer, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan pembaikian komputer, perkhidmatan mengambil gambar dan video, telefon bimbit, kamera dan sebagainya yang bertujuan untuk memberi pendedahan perniagaan ICT yang semakin berkembang maju di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.
Pihak pengurusan Summit Parade dan syarikat-syarikat ICT di Batu Pahat telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada pelajar-pelajar berkenaan.
Program Teknousahawan ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan ICT yang kreatif dan berdaya saing dari kalangan pelajar Institut pengajian Tinggi (IPT).
Program ini akan diadakan setiap semester dan dijangka akan diadakan di Batu Pahat Mall pada bulan Ogos 2011.
Monday, 6 June 2011
Di majlis perkahwinan armuni
Selamat pengantin baru buat armuni dan saiful...semoga sentiasa bahagia, saling sayang menyayangi, sentiasa intim...
Naik train senandung timuran dari kluang ke pasir mas
Pada 2 Jun. aku, mazliana, anakku aiman dan zeti bertolak menaiki keretapi dari kluang ke pasir mas kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan temanku armuni dan suaminya saiful. ini first time naik keretapi ke pasir mas...jauh juga, dan first time buat mazliana dan anakku zeti naik keretapi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

