Tuesday 5 August 2014

GAYA BAHASA (SUBJEK KEMAHIRAN MENULIS)

GAYA BAHASA DALAM KOMPONEN SASTERA

Para pelajar sering kali mengajukan soalan berkenaan gaya bahasa di dalam kelas ketika guru mengajar khususnya berkaitan dengan aspek kajian Komsas seperti puisi. Gaya bahasa ini kerap menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar.

Pada prinsip asas menikmati puisi tidaklah terlalu memerlukan istilah-istilah yang sukar ini untuk disuapkan ke minda pelajar. Gaya bahasa yang dijelaskan di sini sudah memadai untuk para pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjawab soalan peperiksaan.

Gaya bahasa utama ialah asonansi, alitrasi, anafora, perlambangan, metafora, simili, personafikasi. Kebanyakan sajak-sajak Melayu mempunyai unsur gaya bahasa tersebut.

1. Asonansi ialah perulangan bunyi vokal dalam baris :


 Anak ayam biasa mencakar abu sekam di sana (bunyi vokal a)


2. Aliterasi ialah perulangan bunyi konsonan dalam baris :


 Kekasihku hilang entah ke mana (bunyi konsonan k)

3. Anafora pula ialah perulangan awal baris pada baris seterusnya :


 awan berarak menghilang
 awan bersinar mendung jiwaku

(awan diulang 2 kali pada baris 1 dan 2)

4. Responsi pula ialah perulangan kata pada tengah baris yang berikutnya :

 Sayang indah pergi Johor
 Dia yang kupinta pergi datang

(pergi diulang 2 kali pada baris 1 dan 2)

5. Epifora pula adalah sebaliknya dengan anafora itu perulangan kata akhir baris pada baris berikutnya :


 tembamnya pipiku seenak nangka madu berulas
 pipinya indah tapi tak sama denganku yang berulas
(kata berulas diulang di akhir baris 1 dan 2)


6. Simile ialah sesuatu bandingan yang menggunakan kata bagai, umpama, seperti dan bak dalam sesuatu baris sajak :


 letihku bagai setahun bertapa
 seperti meraung harimau bunyinya kereta
 cintaku kejauhan umpama pungguk dan bulan
 esakan sedihnya bak anak kehilangan ibunya

7. Personafikasi iaitu unsur-unsur bukan manusia yang diberikan sifat perbuatan / tindak tanduk manusia :


 pohon nyiur melambai-lambai
 ombak berhambur kejar mengejar

8. Metafora iaitu unsur-unsur konkrit yang dibandingkan dengan unsur tidak konkrit (tidak boleh disentuh/rasa ) :


 Tekukur temanku mesra
 Lautan membiru beralun duka
 Ombak rindu membadai hatinya yang lara


9. Hiperbola bermaksud perbandingan yang melampau :

 lautan api sanggup kurenangi
 seribu tahun kembali juga

10. Inversi bermaksud gaya bahasa terbalik :

 Aduhai adinda berpesan adik
 sepatutnya - Aduhai adinda adik berpesan


11. Sinkof bermaksud singkatan yang digunakan dalam puisi atau prosa :


 pipinya indah tapi tak sama denganku yang berulas
 Tekukur temanku mesra

No comments:

Post a Comment