Monday 11 August 2014

Wednesday 6 August 2014

Tanda baca

KEMAHIRAN MENULIS
TANDA BACA
Tanda baca
Penggunaan
Contoh Ayat
Tanda noktah ( . )
      Pada akhir ayat penyata
      Singkatan bagi gelaran, pangkat, jawatan dan sebagainya
      Bapa Ali bekerja di Kuala Lumpur.
      Y.B. Dato’ Karim akan melawat sekolah kami.
      Dr. Kamariah terkenal di hospital itu.
Tanda koma ( , )
      Mengasingkan sesuatu yang sama jenis dalam ayat.
      Selepas kata seru
      Sebelum tanda pembuka kata ( “ ) atau penutup kata ( “ )
      Emak pergi ke pasar membeli buah oren, epal, tembikai dan betik.
      Wah, cantiknya kasut kamu!
      Ali berkata, “saya tidak datang kerana hujan lebat.”
      “Kita akan bertolak sebentar lagi,”kata Cikgu Anita kepada murid-muridnya.
Tanda Tanya ( ? )
      Pada akhir ayat tanya
      Berapakah harga beg itu?
Tanda seru
( ! )
      Pada akhir ayat seruan
      Untuk menunjukkan perasaan marah,sedih,suka dan sebagainya.
      Aduh, sakitnya kaki saya!
      Awaklah yang menyusahkan kami semua!
Tanda sempang
 ( - )
      Memisahkan kata-kata dalam kata ganda
      Merangkaikan imbuhan ke- dengan angka
      Murid-murid sedang bermain bola keranjang.
      Pasukan bola sepak sekolah kami telah mendapat tempat ke – 3 dalam kejohanan itu.
Tanda pengikat kata
 ( “.......” )


 Pada awal dan akhir ayat cakap ajuk.
     “ Saya suka makan laksa ” kata Siti.
Tanda noktah bertindih ( : )
      Untuk penerangan lanjut tentang sesuatu
      Tulis masa
      Dalam dialog
      Butir-butir tentang konsert adalah seperti berikut :
      Kami dijangka sampai di sana pada pukul 2:00 petang.
      Ali: Sudah lamakah kamu sampai?
Siti : Tidak, saya baru sampai.
Garis condong( / )
  Untuk
menggantikan dan
atau dan per
  Digunakan dalam nombor rujukan surat
 Tuan / puan
    dikehendaki  mengembalikan
      borang jawapan 
      secepat mungkin.
  Surat tuan yang bernombor rujukan Sek/01/01 telah saya terima.
Tanda kurung (  )
  Untuk penjelasan tambahan
  Kakak saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun ini.