Thursday 9 June 2011

PROGRAM DENGAN KAUNSELOR

Aku nk share story psl program bersama kaunselor sekolah dari Kluang Johor. Ini gambr2nyaa

TP gambar aku tak de...sbb aku yg tukang amik gmbr


TAJUK : MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA KPTM DAN KAUNSELOR SEKOLAH.

BATU PAHAT, 30 Mac 2011- Pihak KPTM Batu Pahat menyambut gembira kehadiran pihak PPD Kluang dan kaunselor-kaunselor sekolah dari sekolah-sekolah menengah daerah Kluang.






Bagi merapatkan hubungan dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah menengah, KPTM telah mengadakan program bersama kanselor dengan kerjasama Pelajat Pelajaran Daerah Kluang. KPTM telah menjemput kaunselor-kaunselor dari sekolah sekolah di daerah Kluang seperti SMK Sri Intan, SMK Tengku Aris Bendahara, SMK Sultan Abdul Jalil, Sekolah Teknik Kluang, SMK Tun Hussein Onn, SMK Pagoh dan lain-lain.

Banyak maklumat telah dikongsi bersama terutama sekali mengenai keistimewaan KPTM sebagai institusi pendidikan di bawah MARA yang yang membuka peluang mpembelajaran kepada semua warganegara termasuk pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera.

Pihak PPD dan unit bimbingan dan kaunseling merasa berbesar hati untuk mengadakan pelbagai program bersama KPTM seperyi Program Kecemerlangan SPM dan Karnival ICT pada masa hadapan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah KPTM Batu Pahat iaitu Tuan Haji Razali Mohd yang akan bersara tidak lama lagi. Program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan seterusnya KPTM Batu Pahat akan menjemput kaunselor-kaunselor sekolah dari daerah lain seperti Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian.


Disediakan oleh :

Nor Azlina Rais
Penyelaras Pemasaran/Pensyarah Pengurusan Perniagaan
KPTM Batu Pahat

No comments:

Post a Comment