Sunday 19 June 2011

MY MASTER

syukur alhamdulilah...

result master aku dh dpt ....terima kasih Allah,Dr. Bi (tq for yr knowlegde, guidance and tolerancy) Dr. Syed Jamal yang awet muda, baik hati, yg paling best, sporting dan Prof Kamil yg byk memberiku kesedaran (aku agak terlewat jupe prof kamil, klu tk aku dh lama tersedar....hu hu hu, knp lah aku lambat jupe dia...aku ni mmg selalu tertinggal, last minit b4 dia berangkat ke madinah (jd profesor di universiti madinah) aku telah ditakdirkan dpt berjumpa dgn dia, dan menghayati nasihat dan kata2nya, klu boleh aku nk dgr nasihatnya setiap hari sebagai pedoman hidupku, tp tak pe you tube prof ni kan ada.

ini gambar masa kat dalam kelas MBA UiTM JB, suraya (yg cute), armuni (pengantin baru, kecik orgnya,very helpful n memahami diriku, tqvm for being such a good fren sbb aku ni kdg2 ehemmm, dia my office mate dok sebelah), aku n effa (yg paling cantik sweet cam fasha sanda)congrat krn semua berjaya dapat dean's list...profesor kita mmg baik hati dan kita telah pun buat yang terbaik...sampai tk tido malam wat assignment smpi jam 4 pagi...inilah yg dinamakan pengorbanan.

ICT FAIR

tahun lepas 2010, ICT fair telah diadakan di BP Mall, memang mencabar dan letih. Letih dgn karenah sesetengah org yg ada saje komplen...tp tak tau wat keje ke malas. So thn ini..di summit parade, ict fair telah berjaya krn students yg begitu rajin dan komited...hai bertuahlah lecturer tu dpt student cam tu...tahniah.

Semester ini i hope dpt students yg rajin n komited. yang mmg rajin semulajadi bukan tunggu diketuk.

If you all nk buat ICT fair di Bp mall or Square ONE, pls get ready dgn proposal, contact person dan incharge dari mula hingga abis. Tapi if malas...dont dream nk dpt A.

Because subjek tekno ni no final exam. marks based on assignment and project.

CONTOH FORMAT TUGASAN

CLICK HERE

CONTOH FORMAT TUGASAN

This is the example for yr reference...click here

format tugasan

To all my students,

These are assignment format that u must follow:
1. Must be 1.5 or double spacing
2. Arial or times new roman or tahoma
3. Must have aknowlegdement (penghargaan)
4. Must have executive summary (ringkasan keseluruhan tugasan itu, sila baca di post saya ttg ini)
5. Table of content
6. Page number
7. must have header ..header letak subtitle, atau at least tajuk
8. footer letak footnote atau nota kaki (pls come and see me to learn about this)
9. BIBLIOGRAPHY (author, title of the books, publisher, year)

Korang mesti ikut format ini, lebih tak pe kurang jgn
TQ

Thursday 9 June 2011

PROGRAM DENGAN KAUNSELOR

Aku nk share story psl program bersama kaunselor sekolah dari Kluang Johor. Ini gambr2nyaa

TP gambar aku tak de...sbb aku yg tukang amik gmbr


TAJUK : MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA KPTM DAN KAUNSELOR SEKOLAH.

BATU PAHAT, 30 Mac 2011- Pihak KPTM Batu Pahat menyambut gembira kehadiran pihak PPD Kluang dan kaunselor-kaunselor sekolah dari sekolah-sekolah menengah daerah Kluang.






Bagi merapatkan hubungan dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah menengah, KPTM telah mengadakan program bersama kanselor dengan kerjasama Pelajat Pelajaran Daerah Kluang. KPTM telah menjemput kaunselor-kaunselor dari sekolah sekolah di daerah Kluang seperti SMK Sri Intan, SMK Tengku Aris Bendahara, SMK Sultan Abdul Jalil, Sekolah Teknik Kluang, SMK Tun Hussein Onn, SMK Pagoh dan lain-lain.

Banyak maklumat telah dikongsi bersama terutama sekali mengenai keistimewaan KPTM sebagai institusi pendidikan di bawah MARA yang yang membuka peluang mpembelajaran kepada semua warganegara termasuk pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera.

Pihak PPD dan unit bimbingan dan kaunseling merasa berbesar hati untuk mengadakan pelbagai program bersama KPTM seperyi Program Kecemerlangan SPM dan Karnival ICT pada masa hadapan.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah KPTM Batu Pahat iaitu Tuan Haji Razali Mohd yang akan bersara tidak lama lagi. Program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan seterusnya KPTM Batu Pahat akan menjemput kaunselor-kaunselor sekolah dari daerah lain seperti Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian.


Disediakan oleh :

Nor Azlina Rais
Penyelaras Pemasaran/Pensyarah Pengurusan Perniagaan
KPTM Batu Pahat

Wednesday 8 June 2011

Bestnya gi kuching

Nak tau apa yang best.....

1. dapat makan seafood kat top spot, murah sgt222 dan so different...udang besar2, yg paling best sup gamat dgn bibir ikan...
2. Dapat naik flight dan mkn di atas awan...mkn lagi!!
3. Naik sampan...kejap apa...tk sempat nk kelip mata





Anak-anakku

Anak-anakku



AKU DAN KPTM

KPTM adalah tempat kerjaku
13 tahun lamanya aku disini...mencari rezeki
dari aku sendiri hingga berfamili
dari tinggal di rumah sewa kini aku sudah punya rumah sendiri
dari kereta kecil ke kereta 2 biji

KPTM yang kuhargai,
di sini ku mencari rezeki
mengenali diri sendiri...mengenali teman-teman..mengenali peribadi
dari hanya seorg akademik...hingga aku pernah menjawat beberapa jawatan
yang banyak memberiku pengalaman dan pengajaran

Dalam menghitung hari akhirnya aku sedari
ku serasi dgn kerjaku kini
menjadi pendidik, lebih selesa, gembira...cabaran yang mampu kutempuhi
berada disisi teman-teman...ketawa dan menangis

Terima kasih KPTM
memberi peluang ku menyambung pelajaran
memberi aku bercuti panjang...

Syukur alhamdulilah

PROGRAM TEKNOUSAHAWAN-TAHNIAH !!


BATU PAHAT, 23 April 2011- Bagi merealisasikan hasrat MARA untuk melahirkan usahawan ICT yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif, pelajar-pelajar Diploma in Computer System and Networking semester 5 yang mengambil matapelajarn Technoprenuership telah berganding tenaga bersama pensyarah matapelajaran berkenaan melancarkan Program Teknousahawan di Summit Paradet, salah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal dan terbesar di Batu Pahat.

Program ini telah diadakan selama 2 hari dan dirasmikan oleh Encik Abdul Rahman bin Mat Rawi, Timbalan Pengarah Perkhidmatan KPTM Batu Pahat.  Program ini adalah kali ke 2 diadakan oleh pensyarah dan pelajar-pelajar DCSN.

Program ini disertai oleh 50 orang pelajar Technousahawan yang telah membuka 10 buah booth jualan di mana ianya mendapat sokongan dari syarikat-syarikat ICT di sekitar batu Pahat.   Pelajar-pelajar KPTM Batu Pahat turut hadir memberi sokongan.  Unit Pemasaran KPTM Batu Pahat tidak melepaskan peluang keemasan ini turut serta membuka booth promosi dan pengambilan terbuka pelajar-pelajar baru.

Program ini berfokuskan kepada penjualan barang-barang ICT seperti komputer, aksesori komputer,  perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan pembaikian komputer, perkhidmatan mengambil gambar dan video, telefon bimbit,  kamera dan sebagainya yang bertujuan untuk memberi pendedahan perniagaan ICT yang semakin berkembang maju di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. 

Pihak pengurusan Summit Parade dan syarikat-syarikat ICT di Batu Pahat telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Program Teknousahawan ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan ICT yang kreatif dan berdaya saing dari kalangan pelajar Institut pengajian Tinggi (IPT).

Program ini akan diadakan setiap semester dan dijangka akan diadakan di Batu Pahat Mall pada bulan Ogos 2011.

Monday 6 June 2011

Di majlis perkahwinan armuni








Selamat pengantin baru buat armuni dan saiful...semoga sentiasa bahagia, saling sayang menyayangi, sentiasa intim...

Aktiviti anakku di rumah pengantin




Excited betul aiman dan izzati berjumpa dgn adik armuni, sabrina...pandai betul dia org berkawan..

Naik train senandung timuran dari kluang ke pasir mas

Pada 2 Jun. aku, mazliana, anakku aiman dan zeti bertolak menaiki keretapi dari kluang ke pasir mas kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan temanku armuni dan suaminya saiful.  ini first time naik keretapi ke pasir mas...jauh juga, dan first time buat mazliana dan anakku zeti naik keretapi.



MAJLIS PERKAHWINAN TEMAN RAPATKU ARMUNI MOHD NAJIB